Back after a long hiatus

Yeah, I know it is not an excuse for me not to update the blog, but I was stretched really thin with the things I had to do for the past several weeks. From maintaining my directory network to getting ideas for featured articles to be published on SuaraMalaysia.com, I have been really busy. And oh, did I mention that I have a son now? :mrgreen:

Above is a photo of me with my mom holding my son, Mu’awiyah Rayyan Nieshaem. He was born on 12.10.2011.

Bought a book at Badan Cemerlang

I went to Badan Cemerlang bookstore at Plaza Angsana JB a few days ago, after sending my wife to work. Loitered around and didn’t see any English books. Most of the books I saw at Badan are Bahasa Melayu books mostly published by Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). I even came across a book authored by someone I knew, hmmm….

I inquired about Interlok at the front desk but they told me they didn’t have it. So I wandered off again to the DBP section. By chance, I stumbled across the book Muslim and Christian Ethics by Mohd. Nasir Omar. It was published by DBP and in English, too! I remember seeing this book at Kinokuniya (and they were selling it for RM35), so imagine my surprise when I took it to the counter and found out that I only had to pay RM16 for it!

So here is yet another proud acquisition, for yours truly’s library of comparative religion works. I am starting to read the book and I will give a review of it in due time. Still taking my time in finishing it, however, as I have many things going on at the moment.

Amazon Kindle 3 video review

After watching the above Amazon Kindle 3 video review from Mobile Tech Review on YouTube, I’ve made up my mind to get the Kindle 3 once I have the sufficient funds to do so. At the same time, it so happens I came across this Malaysian online store which directly sells the Kindle 3 for RM675 (WiFi-only version). Add the leather case (RM80) and the total would come up to a whooping RM755. Personally I feel that anything above RM500 for an e-book reader is overpriced, but considering the current difficult state of getting a Kindle locally, I guess this cannot be helped.

I am going to purchase the Amazon Kindle 3 (WiFi-only version) as soon as I have the cash to do so.

Kenyataan Sasterawan Negara Tentang Kes Interlok

[Editor: Posting the original press statement from four Sasterawan Negara (Malaysian National Laureates) on the issue of Interlok. If I have the time, I will translate it into English as soon as I can.]

Sudah banyak perbincangan dan debat yang telah diadakan tentang buku Interlok oleh Abdullah Hussein — di akhbar, majalah, di tv dan dunia siber. Dalam wacana ini ada yang jernih di samping banyak juga yang keruh pada sungai perbincangannya. Akan tetapi yang agak dikesalkan ialah hakikat bahawa sangat sedikit golongan, terutama partai politik yang menjadikan pembelaan nasib dan martabat kaum Melayu sebagai landasannya, tampil memberi sokongan moral kepada seorang pengarang Melayu bernama Abdullah Hussein, yang melalui Interlok berbicara tentang kemanusiaan yang merentas sempadan ras dan etnik di tanah airnya.

Kami, Sasterawan Negara Malaysia, ingin menegaskan bahawa sebuah teks sastera bukanlah sebuah teks politik, dan bukan juga teks sejarah atau geografi. Sebuah karya sastera ialah sebuah teks yang melukis jiwa manusia, perasaannya, nilai dan kepentingannya dalam konteks zaman dan sejarahnya. Yang dilukis didekatkan sehampir mungkin kepada kenyataan di dalam dan di luar diri manusia, kerana karya sastera tidak tercipta daripada kekosongan atau vakum. Peristiwa di luar — peperangan dan kedamaian, kesusahan dan kesenangan, kerusuhan dan ketenangan — dilukis oleh kata-kata dan peribadi pengarang. Ini telah dilakukan sejak beribu tahun oleh semua pengarang, di semua negara.

Sastera bukan dokumen rasmi pemerintah, atau maklumat yang dirapikan serta dicantikkan untuk disebarkan. Sastera ialah lukisan kehidupan, dan kehidupan tidak selalu rapi dan cantik. Inilah bahan sastera, dan untuk berlaku adil kepada bahan ini sastera melukis dengan warna berbagai-bagai — ada yang merah, kuning, kelabu dan hitam. Itulah warna kehidupan yang lebih banyak jalurnya. Malah pengarang-pengarang dari benua kecil India, telah turut menyentuh isu dalam Interlok yang oleh segelintir orang di sini disensasikan, kerana sistem sosial masyarakatnya telah dinormakan dalam perjalanan panjang peradabannya.

Berlainan dengan dokumen rasmi, sastera menderetkan berbagai-bagai jenis , manusia — seperti yang dilihat pengarang dalam ruang kehidupannya — daripada wira hinggalah penjenayah, daripada ketua hinggalah pengikut buta, daripada ulama hinggalah orang berdosa, dan dari berbagai-bagai bangsa dan kaum. Mereka semua kita temui dalam deretan kehidupan harian. Sastera ialah ucapan dan ingatan bangsa, kerana yang terlukis di dalamnya ialah pemerian tentang bangsa itu.

Kami berpendapat bahawa sastera ada ruangnya sendiri dengan keseniannya yang khusus pula. Kita harus membaca sastera sebagai sastera, dan bukan buku sejarah atau politik. Membaca sastera ialah suatu proses berfikir, merasa dan menghayati bahasa, peristiwa dan gagasan. Proses ini penting untuk diri manusia sendiri kerana yang ditawarkan ialah berbagai-bagai jenis pengalaman buat pembacanya – dari yang lahiriah sampailah kepada sikap dan pendiriannya. Semuanya dianggap sebagai cermin dan bayang makna kehidupan manusia. Ramai daripada kita yang merasakan pelajar kita kurang mampu untuk menilai apa yang mereka baca. Pada tahun 2011, dengan gunung maklumat di internet dan dunia cetakan, kami maklum bahawa mereka sudah lama dituntut dan dilatih untuk mempertimbangkan, memilih dan membuat kesimpulan sendiri. Sesuatu fakta yang diubah dan dimetaforakan secara halus sekalipun di dalam karya sastera dan kenyataan dengan wajah sebenar akan tetap muncul dalam pelbagai medium yang lain.

Read more…

06
Apr 2011
POSTED BY
POSTED IN Rebuttals Offbeat
DISCUSSION 1 Comment